Penubuhan ruang pembelajaran abad ke-21 berkonsepkan makerspace dinamakan sebagai Maker Market merupakan sebuah ruang kerja kolaboratif di dalam kolej komuniti yang membolehkan pengguna membebaskan kreativiti melalui rekacipta serta berkolaborasi dengan komuniti dan industri.
Maker Market akan menjadi pusat penganjuran pertandingan berciri 41R dan terbuka untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat sebagai platform untuk berkongsi idea, meneroka ilmu serta kemahiran baharu, seterusnya memangkin aktiviti rekacipta dan inovasi.

Maker Market merupakan ruang yang disediakan bagi menggalakkan setiap pengguna menghasilkan sesuatu, berkolaborasi, berkongsi idea dan mengembangkan idea bersama individu lain.

Ruangan dan fasiliti membantu ke arah melahirkan pencipta baru (inventor). Maker Market memastikan setiap hasil akhir mampu menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Konsep Maker Market melibatkan Meet, Make and Market.

Meet - Ruang Maker Market sebagai platform interaksi bagi perkongsian idea oleh pelajar, pensyarah dan komuniti.
Make- Mengaplikasikan pelbagai bidang kemahiran bagi merealisasikan proses penghasilan produk.
Market - Peluang pemasaran produk kepada pengguna akhir.

Oleh itu, kepada semua inventor yang berminat untuk menggunakan ruangan Maker Market, sila buat tempahan ruang pada pautan di bawah

BOOKING NOW!
  •  31/05/2023 08:00 AM

Kursus penghasilan lampu tidur terbuka kepada peserta berumur 9-15 tahun.

  •  01/03/2023 08:00 AM

Use of domestic sewing machine, industrial sewing machine upon request, overlocker, iron, tools, and table space. Not included: Sewing thread (except for overlocker), paper, interfacing and fabrics. Trainer guidance not included. Contact us to confirm your booking at: https://wa.me/60197312970

  •  01/02/2023 08:00 AM

Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin, dan satu lagi teknik membatik yang begitu popular dewasa ini ialah Batik Canting. Peserta akan mendapat pengalaman teknik-teknik menghasilkan batik menggunakan kaedah canting.

  •  23/12/2022 08:00 AM

Kolaborasi antara Kolej Komuniti Temerloh and Roboshop Technologies. Pelajar latihan industri, Sdr Shahmir telah ditempatkan di Maker Market (seliaan En Mohd Nor Hafiz). Pelajar telah menjalani latihan industri di Maker Market dan menjadi pengajar kelas robotik di Tadika Little Caliph Temerloh.

  •  12/12/2022 08:00 AM

Pembentangan Projek Akhir Pelajar Program Sijil Teknologi Maklumat

Events

Please click to check becoming booking events.

Read More
  • Kolej Komuniti Temerloh Bypass Batu 2, Jalan Temerloh 28400 Mentakab Pahang
I BUILT MY SITE FOR FREE USING